Wednesday, April 20, 2011

Filem Kongsi


'Lu Langsi Lu Mati' 







Filem KONGSI adalah filem aksi komedi dgn tagline

'Lu Langsi Lu Mati' mengisahkan penyiasatan ASP

Shariff(Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di

kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala

Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada

tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu

bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes

pembunuhan.



Seorang pembunuh upahan bernama

Tumulak(Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan

pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai

peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak

dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi

gelap itu.



 Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif

Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa

mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk

mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan

bergerak sendirian. Segala ancaman dilakukan

Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Bront

Palarae) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-

harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin

menakluk kawasan Kuala Lumpur.



ASP Shariff yang ditugaskan membanteras

pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan

pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut

apabila anak dan isterinya diculik.














xsaba der nk tgk cita arahan Farid Kamil ni!!!time ni bini aku tgh dlm pantang..so terpaksa tgk tanpa die..time ni la br aku nk cr kwn2 lama teman aku tgk cite ni..hahaha meh ramai2 bergelak tergolek2 tgk cite ni bulan depan!!!aku belanje tp sendiri bayar..
'LU LANGSI LU MATI'


Tuesday, April 19, 2011

Kehidupan aku hampir menuju ke puncak kebahagiaan


mats3n junior



Umur 21 tahun aku menamatkan pelajaran di Uitm 

S.Alam dlm bidang diploma kejuruteraan 

mekanikal.Gatal sgt dok bercinta time belajar,lepas je 

abes diploma aku terus bekerja kumpul duit nk 

kawen..haha xsempat nk sambung degree sbb gila nk 

kawen habaq hang.Setahun aku bekerja,aku terus 

bertunang ngan dia.Kami bertunang xlama,8 bulan 

je(org tua2 ckp xelok tunang lama2)..hehe kami 

kawen ketika umur kami 23 tahun iaitu 21 March 

2009.



Lepas je abes diploma dia menyambungkan 

pelajarannya di peringkat profesional(ambik lesen 

kejuruteraan aircraft).Masa kami kawen dia still 

belajar,last year pulak tu huhu..kalau pregnant nanti 

takot ganggu pelajaran dia pulak.So aku bersabarlah 

walaupun aku sebenarnya xsabar nk ada anak 

sendiri..



Dlm family,aku anak yg kedua dr 4 

beradik.Disebabkan aku ni gatal sgt nk kawen,so aku 

kawen dulu sebelum abg aku.Setahun aku kawen abg 

aku pulak kawen.Nk dijadikan cerita,abg aku dpt dulu 

anak drpd aku,iaitu cucu pertama kpd mak abah 

aku.Mesti dia jd cucu feveret mak abah aku sbb cucu 

pertama dia pompuan.Maklumlah mak abah aku xder 

anak pompuan..diorang hepi sgt!Alhamdulillah kami 

pun turut gembira dan yg menggembirakan aku 

kerana bini aku disahkan mengandung 3 bulan!Pdhal 

bini aku je abes belajar 3 bulan yg lalu..hehe setting 

baik punyer!!!Kpd Alisha Maisara(anak abg 

aku)..xlama lg alisha dpt kwn br hehe..




Sekarang ni bini aku tgh sarat mengandung..Doktor 

manjangkakan mungkin bini aku akan bersalin pd 

7/5/2011..hehe xlama lg je..tp aku rasa dgn keadaan 

yg dialami oleh bini aku dan berdasarkan 

perkembangan kandungan baby ni,aku 

menjangkakan maybe bini aku akan bersalin awal dr 

tarikh yg doktor bg..hehe mcm aku doktor 

pulak.Sebenarnya aku xsabar nk peluk cium anak 

pertama aku!!!



anak buah aku alisha



Alisha dilahirkan di Hospital Prince Court KL..perghhh 

hospital tu xrupa hospital aku tgk..dh rupa hotel 5 

star je.Bertuah kau Alisha dilahirkan di situ(tempat 

artis2 bersalin tu)..layanan pun terbaik je aku 

tgk..padan ler ngan harga die kot.Aku pun ada 

pasang cita2 nk suruh bini aku bersalin kat situ tp 

apekan daya,hispital tu jauh bebenor ngan rumah 

aku..hehe pdhal aku xmampu..




First check up aku hantar bini aku kat SJMC..org kate 

situ ok.Sekali aku hantar bini aku pergi check up kat 

situ kena RM245!Tu first check up bro..belom ambik 

darah ngan bg ubat lg der..kalau setiap bulan 3 4 

ratus x botak rambut teman?ish xsio teman..


bill yg aku kene bayar



Setelah membuat survey di internet akhirnya aku 

jumpa sebuah Hospital Bersalin Pusrawi(Pusat 

Rawatan Islam) di Kota Damansara.Jauhnya lebih 

kurang 5KM je dr rumah aku..Ramai jugak yg berpuas 

hati dgn layanan hospital ni..disamping itu 

bayarannya juga amat berpatutan.Disini terdapat 2 

doktor pakar sakit puan iaitu Dr.Zarina dan 

Dr.Zul.Ramai yg mangatakan mereka lebih berpuas 

hati dgn Dr.Zul.Pd mulanya berat utk aku memilih 

doktor lelaki tp bila dipikir blk xpela..aku hanya nk yg 

terbaik utk family aku..yg penting anak bini aku 

selamat..Amin.





comel x?hehe tgk kamera lg..ni first chek up kat pusrawi.berat bini aku time ni 53kg.




ni masa check up yg ketiga(check up kedua gambar mane ntah hilang huhu)..berat bini aku dah 56kg dan berat bb 579g.




ni pulak mase check up yg keempat.berat bini aku 59kg dan bb 1127g.




yg ni pulak check up yg kelima.berat bini aku 63.5kg dan bb 1747g




ni mase check up yg keenam.berat bini aku dah 65.5kg dan bb 2.634kg.doktor ckp bb dah besar sgt.stop bg vitamin n kurangkan mkn!




ni check up yg ketujuh.berat bini aku time ni 66 kg dan bb 3.025 kg.pastu siap dpt free gift dr pusrawi..syukur!




tuala,cd tentang virus2 yg boleh menyerang bb dan cara2 pencegahan,3 paket susu enfamama,learning game cards,majalah dan buku2 tentang apa yg ibu bapa perlu buat sebelum dan selapas bb dilahirkan.




bb aku dilahirkan pd 23/4/2011 jam 2.15 ptg seberat 3.3kg.







Alhamdulillah kini kehidupan aku sudah

sempurna..InsyaAllah€



Monday, April 18, 2011

Aku Sebatang Pensel


Aku dilahirkan di sebuah kilang Ah Fatt.Kilang Ah Fatt melahirkan byk adik-beradik aku namun aku tidak mempunyai mak atau abah..sedihkan?Namun aku gembira kerana hidup aku dikilang itu penuh dgn warna-warni(drpd adik-beradikku).


Mari aku menerangkan serba sedikit mengenai diri aku.Aku berbadan tirus,tinggi dan kepalaku tajam.Kepala aku perlu diasah supaya aku kekal tajam dan hensem.Badan aku bewarna biru dan aku mengeluarkan warna biru apabila digunakan.Rumah yg ku diami/tinggal adalah bersama 12 lg adik- beradikku yg berbeza-beza warnanya didlm sebuah kotak.


Namun,hidupku malang setelah dibeli oleh seorang org tua cina bernama Ah Leong,hidupku menjadi hitam.Aku dan adik-beradik aku sering dijadikan mangsa.Ramai org/individu yg tercedera akibat perbuatan Ah Leong menggunakan kami.Walaupun Ah Leong selalu mengasah aku utk kekal tajam,namun aku disalahgunakan.Setiap kali aku dgr suara tangisan teresak-esak,aku takut menangis bersama.


Aku hidup begini entah berapa lama..sehingga pd suatu hari nyawaku terputus dgn sia2.Badan aku terpatah dua ketika Ah Leong melakukan lg aksi luar tabii pd seorang mangsa kanak2 perempuan.Aku dijumpai bersama mayat budak perempuan itu setelah beberapa hari tersadai di tepi padang oleh anggota polis.


Tp,Alhamdulillah,walaupun hidupku hitam,aku rupanya berguna jugak.Polis menemui kesan ibu jari Ah Leong pd badan aku yg patah ini dan akhirnya Ah Leong ditangkap dan dsabit kesalahan gantung sampai mati.Jd ingatlah kwn2,seteruk mana hidup/dugaan yg ditimpa,kita hendaklah bersabar dan redha kepadaNya kerana ada hikmah disebalik dugaan2/kesusahan yg dihadapi.Sekian,terima kasih.


pensel warna faber castel


Drpd:

pensel warna biru Faber Castel.

Tammat.


(bini aku yg tulis post ni)


Patut ke pusat pelacuran diharamkan?






Kenapa pelacuran haram di Malayasia?Mengapa?

Patut ke ianya diharamkan?Betol ke ianya sudah 

diharamkan ataupun sekadar buat syarat je?Apakah 

pulak kesan yg akan berlaku sekiranya ianya betol2 

diharamkan?..marilah kita sama2 pikir dan 

renungkan..




Kat Malaysia ni byk jugak pusat pelacuran..Yg aku 

peliknye hari ni kene serbu tp esok pusat pelacuran 

tu still beroperasi mcm biasa.Yg aku xboleh tahan kat 

lorong tu siap ada pondok polis kot..pelacur rileks je 

duk sembang2 kat kaki lima sambil tunggu 

pelanggan..polis xde pulak kacau.Kadang2 je polis tu 

buat gertak tu pun saje nk cover line kot..mmm 

sapelah ABG BESAR yg jage kawasan tu sampai polis 

pun xleh buat ape2




Cuba korang pikir satu lorong yg kat kl tu..nama 

lorong kemain lg..lorong tu mmg femes dgn pusat 

pelacurannya tp ade korang dgr tempat tu kene 

serbu?kalau ada pun jarang2 berlaku.Itu pun aku rase 

sekadar utk menunjukkan depa ni menjalankan tugas 

membanteras kes pelacuran.Kalau betol nk banteras 

xyah tunjuk kat dlm tv la..tunjuk pun xguna kalau 

sekadar nk mengaburi mata kami..hari ni serbu esok 

pusat pelacuran tu beroperasi cam biasa.Larat ke nk 

serbu hari2?Apsal x tutup je atau beri perhatian lebih 

serius kat lorong tu?Kate nk haramkan tp apsal still 

wujud lg pusat pelacuran kat situ?Tepuk dada tanya 

selera!




Islam melarang umatnya menjadi pelacur ataupun 

melayan pelacur.Agama lain aku xsure la mcm 

mana..Kat sini aku hanya nk luahkan pendapat aku 

je..maybe pendapat aku betol,maybe 

salah..terpulang kat korang nk menilainya.Aku rase 

kes rogol akan meningkat secara drastiknye jika 

pusat pelacuran diharamkan 100%.Kenapa aku ckp 

camtu?Perlu diingat disini xsemua org mampu 

mengawal emosi dan tahap kegersangan diorang..lg2 

yg xkuat iman dan yg gila seks(Alhamdulillah aku 

beriman)..bila diorang xtahan dan xdpt layan pelacur 

(takot sebab polis asyik kacau je) apalg yg diorang ni 

boleh pikir selain merogol?Bila nafsu dah menguasai 

diri jgn terkejut mereka boleh bertindak sehingga 

merogol ahli keluarga sendiri!Bg aku rogol lg teruk dr 

layan pelacur..sekurang-kurangnya pelacur buat utk 

sara hidup(dgn rela) tp mangsa rogol(tanpa rela) dpt 

apa?silap2 kene bunuh lg ada la..lg kesian habaq 

hang!




La ni kes rogol makin menjadi-jadi.Boleh dikatakan 

selalu asyik dgr pasal kes rogol je.Tu yg terkantoi..yg 

xterkantoi kita xtau bape ramai..Boleh  korang 

bayangkan ahli keluarga kita sendiri jd mangsa rogol?

mesti amat pedih bukan..Mintak2 dijauhkan 

InsyaAllah..sudah puas berpikir dan termenung?

sudilah kiranya memberi pendapat korang yg jujur 

tentang isu ini.tq




* agama islam melarang kita berzina !!!


* kuatkan iman kita dgn ilmu agama supaya kita mampu melawan nafsu syaitan !!!

Saturday, April 16, 2011

Pizza Hut Kota Damansara Dan Subang 2


pizza hut


Pizza Hut oh Pizza Hut..Aku rase ramai yg suka mkn

di pizza hut..walaupun harga kat sini agak mahal tp

org tetap nk mkn..kat sini ade jual mcm2 bukan

hanya pizza sahaja..diorang ade mushroom

sup,ayam,spaghetti dan mcm2 lg la.haha aku pun

suka mkn kat sini..Selalunye aku mkn di Pizza Hut

Kota Damansara sebab tu la satu2 kedai pizza yg

terdekat ngan rumah aku..



pizza hut kota damansara


Setiap kali aku mkn di sini,setiap kali la aku rase

kecewa dgn layanan yg diberi.Dulu aku ingat servis

die lembab mungkin disebabkan terlampau ramai sgt

pelanggan dlm satu masa..tp tidak!ternyata andaian

aku tersasar sama sekali!Satu hari waktu kerja dlm

pukul 3pm aku g la sini(aku keje halfday)..time tu aku

ngan bini aku je satu2 pelanggan yg ade kat

situ..mane aku xbengang nk ambik order pun

lembab.Ish aku order spaghetti tp 30min kemudian br

sampai..WTF!kalau aku btol2 xsaba time tu nk je aku

tumbuk semua pekerja kat situ..diorang memekak

lebih dr buat kerja.Masing2 sembang kencang

sampai aku rase nk tendang.Pastu time bayar pulak

di pulang duit baki kurang RM1.Bila aku jumpa

cashier tu bgtau..die xnk mengaku.Aku punya

bengang yg td xabes lg boleh die tambah lg..mmg

ade yg kene gak ni..Last2 die bg gak sebab tgk aku

dh mcm nk belasah die..Sejak haritu aku xjejak lg kat

situ!Servis pizza hut kota damansara mmg mcm

taik!!!


spaghetti pizza hut


Xlame kemudian wujud pizza hut kat Subang 2, lg

dekat ngan rumah aku..Masa first time aku pergi sana

perghh aku terpukau dgn kecantikannya..perabot dan

hiasan dalaman dia memukau giler!Setakat ni aku

dah pergi 4 kali.



pizza hut subang 2

pizza hut subang 2

cheesy meatball pizza hut


Mula2 aku ingat servis kat sini ok dr kota damansara

tp ternyata sama.Servis slow harapkan tempat je

cantik.apekejadahnye kalau order meatball sejam

kemudian br sampai??adoi bukan susah pun nk buat

benda alah tu..air dah abes tp mkanan xsampai

sampai..aku xfhm btol la ngan servis pizza hut

ni..adakah cawangan2 di tempat lain pun camni??dah

la lembab pastu radio xpasang..bila radio xpasang jd

bertambah bosan dan bengang la..xcukup ngan tu

diorang memekak pulak kat situ..buat kerja xleh

senyap2 ke..ni terjerit sana terjerit sini..ish benci aku

nk makan kat pizza hut lg..kalau aku nk mkn pun aku

delivery je kot!kepada pizza hut tolong pantau

cawangan2 anda..jgn disebabkan nila setitik rosak

susu sebelanga..aku suka pizza hut tp kalau benda2

ni ximprove aku tidak akan teragak agak utk tidak

akan jejak kaki di pizza hut lg..renung2kan dan

selamat beramal!

Friday, April 15, 2011

Maharaja Lawak




Dulu raja lawak..bila raja lawak dah tamat muncul

pulak maharaja lawak yg menghimpunkan semula

semua finalis2 raja lawak musim 1 hinggalah musim

ke 5.Program ni amat terbaik bg aku sebab dah

tentu2 semua peserta hebat2..kalau x hebat camne

diorang boleh masuk final masa raja lawak dulu ye

x..haha
















Selepas aku tgk Maharaja Lawak minggu pertama

dan kedua,..aku dah ada peserta feveret aku..dan aku

yakin diorang boleh menjadi juara Maharaja

Lawak.Xlaen dan xbukan sape lg kalau bukan

Jozan!Diorang ni kalau dah bergabung bergegar

dunia ni wa cakap lu..lg satu advantage yg ade kat

diorang ialah peminat..peminat diorang ni byk

sgt..dah tentu2 undian sms diorang juara.Tp nk

diingatkan,kumpulan Jambu diorang pun ade potensi

boleh jadi juara.Setakat 2 minggu yg aku

tgk..kumpulan Jambu mempunyai lawak yg terbaik dr

peserta2 Maharaja Lawak yg lain.Mungkin masing2

mempunyai strategi sendiri..mmm ape2 pun kite tgk

siapakah yg bakal menjadi juara Maharaja Lawak

nanti.




Malam ini Maharaja Lawak akan masuk minggu yg

ketiga dan ini bermakna ianya tidak akan

ditayangkan di astro prima lg..huhu mmg kedekut

sungguh astro ni(aku lg kedekut sbb xbeli astro

warna)..program ini hanya akan ditayangkan di astro

warna sahaja..chanel ni kene bayar dulu baru boleh

tgk..dah tentu2 aku panas sebab aku xbeli chanel

tu..Aku rase bukan aku sorang je panas,ramai lg

rakyat Malaysia yg panas sebab diorang pun xbeli

chanel tu..




Aku hairan bin ajaib betol la ngan astro ni..apsal la

die buat mcm ni sedangkan dulu Raja Lawak

disiarkan di astro prima.Sekarang ni tetibe pulak buat

Maharaja Lawak kat astro warna.Bukan semua org

beli dan ada chanel tu!!!Undian peserta masih dinilai

oleh undian sms penonton so kalau mcmni susah la

kitorang yg xbeli chanel tu nk undi lorhh..rugi la astro

xdpt makan duit kitorang..hahahaha.Walaupun

undian sms penonton hanya 50% astro xpatut

menukar program Maharaja Lawak ke chanel astro

warna!Mcm mana aku nk vote kalau aku xdpt tgk?

(Haha selama ni pon aku xpernah vote)..xpe2..nasib

baik sekarang zaman moden..aku boleh tgk kat

Youtube lah!!xkesah lambat sket janji dpt tgk

gak..kepada astro jgn sampai aku hilang sabar,kalau

aku hilang sabar astro aku potong!!




* tiada penyingkiran pd minggu pertama !!!


* kumpulan wai dan xn3 tersingkir pd minggu kedua !!!


* kumpulan r2 tersingkir pd minggu ketiga !!!


* alex tersingkir pd minggu keempat !!!


* jihan tersingkir pd minggu kelima !!!


* tiada penyingkiran pd minggu keenam !!!


* amir tersingkir pd minggu ketujuh !!!

Thursday, April 14, 2011

Keburukan COKE !!!




” Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian 

santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di 

USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia 

mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda 

lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk 

menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila 

berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan 

bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus 

Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :




1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi 

Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam 

masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!



2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke 

dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan 

kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang 

dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. 

Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah 

habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?



3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper 

kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium 

foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat 

hilang!



4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau 

hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin 

Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.



5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat 

: Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti 

longgar dan boleh dibuka.



6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari 

pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh 

bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. 

Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah 

minum air basuhan tadi berperisa coke.



7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup 

tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah 

guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu 

kerana ianya amat mahal!



8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia 

mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang 

paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti 

suka ni!



Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang 

belakang dan tulang lain dalam badan yang 

merupakan punca utama kearah penyakit 

osteoporosis.



Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori 

tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam 

botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran 

“Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan Penghakis : 

bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan 

penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . 

Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori 

tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah 

bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.



9. Para pengedar minuman Coke telah 

menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin 

lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh…mesti buat 

overhaul ni!



10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin 

Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula 

tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi 

tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. 

Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum 

Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak 

terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak 

bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah 

ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan 

menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-

up, Drinho, Yeos, Milo , F&N dll. Sama jer! Anak bapak 

dan Keluarga 69.




Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal 

minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan 

rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja 

buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi 

kandungannya adalah ekstrak dari daun coca 

[cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan 

CocaCola tu.




Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau 

nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] 

dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur 

dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara 

ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!




Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat 

minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan 

yang sama dalam 2 minuman tersebut.




DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh 

secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan 

Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga 

perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi 

racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili 

kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh 

serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke 

kot? Cubalah!




Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 

100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang 

pernah pi Mekah bleh confirm kot?




Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah 

pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, 

buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. 

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian 

emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis 

kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba 

sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass 

sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat 

eksperimen sains kimia ni kat rumah.




Tepuk dahi tanya hati….nak minum ke tak? Saya pun 

minum sekali sekala! ]Sama-samalah kita bercoke 

sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!, time raya, 

time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

12 PESERTA GEGAR VAGANZA 4 2017 BERSAMA LAGU TUGASAN MINGGU PERTAMA YG AKAN BERLANGSUNG PADA 29 OKTOBER 2017

GEGAR VAGANZA MUZIM KE-4 NI MENJANJIKAN KELAINAN DENGAN MENAMPILKAN PESERTA YANG LEBIH POPULAR DARI BIDANG LAKONAN DAN PENGACARAAN...GEGAR V...