Wednesday, April 20, 2011

Filem Kongsi


'Lu Langsi Lu Mati' 







Filem KONGSI adalah filem aksi komedi dgn tagline

'Lu Langsi Lu Mati' mengisahkan penyiasatan ASP

Shariff(Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di

kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala

Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada

tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu

bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes

pembunuhan.



Seorang pembunuh upahan bernama

Tumulak(Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan

pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai

peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak

dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi

gelap itu.



 Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif

Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa

mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk

mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan

bergerak sendirian. Segala ancaman dilakukan

Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Bront

Palarae) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-

harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin

menakluk kawasan Kuala Lumpur.



ASP Shariff yang ditugaskan membanteras

pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan

pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut

apabila anak dan isterinya diculik.














xsaba der nk tgk cita arahan Farid Kamil ni!!!time ni bini aku tgh dlm pantang..so terpaksa tgk tanpa die..time ni la br aku nk cr kwn2 lama teman aku tgk cite ni..hahaha meh ramai2 bergelak tergolek2 tgk cite ni bulan depan!!!aku belanje tp sendiri bayar..
'LU LANGSI LU MATI'


No comments:

12 PESERTA GEGAR VAGANZA 4 2017 BERSAMA LAGU TUGASAN MINGGU PERTAMA YG AKAN BERLANGSUNG PADA 29 OKTOBER 2017

GEGAR VAGANZA MUZIM KE-4 NI MENJANJIKAN KELAINAN DENGAN MENAMPILKAN PESERTA YANG LEBIH POPULAR DARI BIDANG LAKONAN DAN PENGACARAAN...GEGAR V...