Wednesday, April 20, 2011

Filem KL Gangster


Abg Long?Abg Besar?Ayahanda?































Sinopsis Filem KL Gangster


Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di

dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan

seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah

dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh

kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak

tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling

berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan

beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta

menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli

kongsi gelap.



Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga

ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan

yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak

sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau

sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang

masih berdendam dengan beliau sehingga King

tampil menghulurkan bantuan untuk Malek

memulakan kehidupan baru. King mengarahkan

orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan

Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya

Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan

pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut

dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.



Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini

hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang

diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa

saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat

Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah

orangnya yang akan tampil ke depan untuk

merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap

Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan

Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa

tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan

Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya

King yang sering membela Malek yang dianggap

sebagai sahabat.



King kurang senang dengan karenah Shark yang

sentiasa mencetuskan perbalahan yang

membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain.

Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin

dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula

berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi

Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark

mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya.

Disinilah bermula konflik diantara saudara dan

kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga

diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…

segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”



Lakonan Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Sheera Iskandar, Shoffi Jikan, Zul Huzaimy, Wan Maimunah, Ridzuan Hashim, Corrie, dan ramai lagi. Kalau nak tahu selanjutnya, tunggu jelah movie ni dekat pawagam.








No comments:

12 PESERTA GEGAR VAGANZA 4 2017 BERSAMA LAGU TUGASAN MINGGU PERTAMA YG AKAN BERLANGSUNG PADA 29 OKTOBER 2017

GEGAR VAGANZA MUZIM KE-4 NI MENJANJIKAN KELAINAN DENGAN MENAMPILKAN PESERTA YANG LEBIH POPULAR DARI BIDANG LAKONAN DAN PENGACARAAN...GEGAR V...