Showing posts with label motor. Show all posts
Showing posts with label motor. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Perbezaan RXZ 5 Speed,RXZ Energy,RXZ Millenium,RXZ Boss dan RXZ Catalyzer




Inovasi daripada pembikinan Boss adalah 

Catalyzer.Oleh itu terdapat perbezaan ketara antara 

kedua-dua motosikal ini sesuai dengan 

perkembangan zaman dunia permotoran.RXZ 

Catalyzer direka untuk memenuhi nilai estetika yang 

diingini oleh pengguna.Disini akan dibincangkan 

perbezaan antara kedua-dua motosikal ini.




1. Cover set

Perbezaan ketara antara Boss & Catalyzer adalah 

cover set.Boss direka sesuai dengan peredaran 

zaman dahulu dimana kebanyakan kenderaan direka 

dengan lampu bulat dan petak sahaja.



RXZ catalyzer direka seolah-olah ikan jerung dan 

kelihatan garang sesuai dengan prestasi enjinnya.



1st Model Catalyzer


2nd Model Catalyzer


Catalyzer the Boss


Catalyzer Still the Boss




RXZ Millenium dan Boss mempunyai reka bentuk 

yang sama tetapi pemilihan warna yang berbeza.RXZ 

millenium menggunakan cover set 2 warna 

(perbezaan warna set depan dan belakang) manakala 

RXZ boss direka dengan 1 warna (depan sampai 

belakang).



RXZ Millenium


RXZ Boss


RXZ Boss




RXZ Energy lebih dikenali sebagai RXZ

Narong.Rekabentuk sama seperti Boss dan Millenium

tetapi perbezaan warna terdapat pada kiri dan kana

motosikal.Sukar utk menjelaskan

perbezaannya.Tetapi gambar dibawah boleh

memberikan keterangan yang jelas.



RXZ Energy


RXZ Energy



RXZ 5 Speed pula mempunyai fairing yang lebih kecil

berbanding RXZ Boss dan Millenium.Perbezaannya

hanyalah pada fairing sahaja.



RXZ 5 Speed


RXZ 5 Speed


RXZ 5 Speed




Disini ada satu lagi jenis RXZ yang diberi jolokan RXZ

Yahoo.Kurang pasti dimana asalnya tetapi telah

menjadi kegilaan para pencinta RXZ Boss.Set ori nya

dijual dengan harga mencecah RM1600 full set siap

tank dan sticker.Sama harga dengan 4biji sportrim

kereta saya.



RXZ Yahoo

More picture?
Klik http://www.bikepics.com/yamaha/rxz135/10/pics.asp 





2. Enjin

Pada pendapat saya,catalyzer mempunyai ketahanan

enjin yang paling baik (dalam keadaan standard

tanpa mengubah mainjet).Ini kerana carburator

catalyzer mempunyai 2 rongga minyak yang

berfungsi membekalkan minyak secukupnya pada

kelajuan yang tinggi dan penjimatan minyak pada

kelajuan rendah.









Diharap info yang diberikan diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda para pembaca Sembang Moto-Kar. Terima kasih atas sokongan anda.post ni diambil dr blog moto-kar.

Monday, April 11, 2011

Polis lg samseng dr mat rempit?

mat rempit cool !!!



Kat tempat aku ni polis terlampau byk sgt sampai 

bersepah-sepah..pendek kate mana je aku lepak 

mesti ada polis(polis bantuan stok yg muda2).Tempat 

yg selalu aku jumpa kat kedai minum.Yg aku 

hairannye setiap kali diorang lepak mesti lebih dr 5 

org.Ape diorang dibayar gaji mmg utk lepak2 kat 

kedai minum ke?..Lepas lepak diorang ronda2 pulak 

ngan motor.Perghh bunyi ekzos motor diorang 

memekak xhingat..mengalahkan motor mat rempit 

pulak.Siap xpakai side mirror lg..boleh pulak diorang 

pakai ekzos bising ngan xpakai side mirror.Kalo bukan 

polis dah lame kene saman ni..btol x?Abes tu camner 

aku nk hormat polis kalau perangai diorang pun same 

je mcm mat rempit?..mat rempit pulak camner xbenci 

polis kalau polis asyik mencari kesalahan mat rempit 

sedangkan dikalangan polis sendiri pun ade mat 

rempit!


motor polis xde no plate!xde side mirror!


ni xkira rempit ke?



Budak lepasan SPM yg cukup2 mkn pun boleh jd 

polis..bukan nk buat citer tp kebanyakan budak2 aku 

yg dulu kaki rempit pun dpt jd polis..yg dulu kemain 

lg Fuck polis la belia benci polis la tp last2 masuk 

polis..tp bukan itu aku nk ckp..aku xfhm btol la ngan 

sistem polis skrg ni..depa ni saje nk tubuhkan 

pasukan polis ala2 samseng ke?sampaikan bekas mat 

rempit pun bleh jd polis..ish2!Btol ckp setiap kali aku 

jumpa polis mesti aku rase cuak sbb muka sekor2 

punya la sombong+bongkak+kerek..





Korang pikir sendirilah sama ada polis mkn rasuah 

atau x!...Apekejadahnye kalau asyik buat road block 

time2 akhir bulan dan awal bulan?Pastu buat road 

block xikot cara yg betul,langsung xde kon,xde 

signboard road block!Selalunye kalau ade operasi je 

baru ade road block(ops sikap,ops rempit ntah ape2 

ops lg lah).Ni belom musim road block dah sibuk nk 

tahan2 org..Ape semua ni??Aku pernah nk terjatuh 

time layan korner bukan sbb aku xbagos tp sbb btol2 

lepas korner ade polis giler duduk tgh2 jalan raya..ni 

kalau aku langgar salah sape?cecite cecite..!




ni lah road block yg betul!




Aku xdelah benci sgt polis..bg aku senang je "kalau 

nk org respect kita,kita kena respect org tu 

dulu..sama la dgn mat rempit..kalau xnk mat rempit 

benci polis,polis pun jgn benci mat 

rempit!!!Kebanyakan polis adalah org Islam,begitu 

jugak mat rempit..bak kate pepatah air yg dicincang 

xkan putus..kita satu agama satu keturunan..polis lg 

samseng dr mat rempit?..sama2 kita renungkan dan 

selamat berpikir..Assalamualaikum!




* jgn jd polis jika anda tidak betul2 baik kerana polis adalah satu pekerjaan yg mulia.Jgn disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga !!!

* kalau anda dah buat salah mmg layak utk disaman..so xpayah lah nk rasuah2..si polis pulak jgn ngada2 nk terima rasuah !!!

* jgn buat road block kalau xde operasi..kalau nk buat gak biar dgn cara yg betul..ni kon,papan tanda,apepun xde tiba2 tahan2 org..kalau kena langgar sendiri mau ingat !!!

Tuesday, April 5, 2011

Aku kini mat rempit





Post ini sambungan drpd (aku mat rempit?).Ketika itu

jantung aku berdebar-debar dan cuak kerana ini

adalah perlumbaan aku yg pertama.Aku btol2

xsangka yg motor aku boleh mengalahkan motor

mamat tu..haha rupanye xdela kuat manapun..Aku yg

boleh dikatakan br dlm bidang ini pun boleh

mengalahkan mat rempit.Disebabkan aku dh menang

td dtg sorang member dia xpuas ati ajak aku race

ngan dia plak..motor ex5 gak.Aku ni mmg pantang

dicabar,so dgn perasaan bangga bertambah cuak aku

sahut cabaran itu.Walaupun motor mamat ni lg laju

dr motor yg aku kalahkan td..aku tetap dpt

memenangi perlumbaan itu dgn bergaya sekali..haha

sejak dr itu aku mula berkawan dan menjadi

sebahagian dr kumpulan mereka iaitu mat rempit!




Setiap hari minggu aku akan lepak di Pertak utk

bermandi manda.Selepas puas main air kami akan

berlumba antara kami utk menguji mesin

masing2.Ternyata setiap kali set mesin akulah yg

paling power diantara semua.Tp sampai bila aku nk

berlumba ngan budak2 sendiri?Bila nk maju kalau

aku x set ngan mesin2 yg lbeh kuat?Aku mula berfikir

utk meluaskan kawasan aku dan menaikkan nama

mat bgp (no plat moto aku BGP 1324).Aku dgr ada

motor ex5 kuat kat Btg Kali..hati aku rasa terbakar

dan malam tu aku gegar budak Btg Kali cr motor kuat

tu.Bila dh jumpa budak tu kitorang main sekilo

RM50.Cis malam tu aku rugi RM50..aku siap

superman utk potong angin tp tetap kalah

gak..ternyata moto budak tu lg kuat dr aku..huhu aku

xpuas ati (rasa nk repeat game je) lantas aku cabar

budak tu main RM100.2 minggu  lg kite jumpa kat

sini!Set deal!!!












Tuisyen mak abah bayar mahal2 aku

ponteng..Sekolah lg la malas nk pergi lg2 bila kerja

rumah xbuat..mmm tahun ni aku SPM tp dlm otak

aku hanya pikir motor je.Mcm mana aku nk buat

supaya motor aku laju?Kebetulan member aku ade

pomen kat Slim River so aku pun pergi la sana utk

operate motor.Mcm2 pomen tu buat kat motor

aku..masukkan full bearing racing,head potong,blok

korek,camshaft potong,lubang ekzos ngan lubang

minyak korek kasi besar..bila semua dh ngam setting

karburator ngan sprocket plak.Bila semua setting dh

ngam pickup and topspeed pergi mencanak canak

mcm lipas kudung..sampai xcukup tanah!mmg

tebaik!!!Komfident aku utk mentitikkan budak Btg

Kali aritu amat la tinggi..Btg Kali here I come!!!




Dialah pomen dialah rider.Mmg tebaik budak ni..haha

malam tu dia nk rider motor aku..aku xkisahla sbb dia

gak yg buat motor aku dgn tanpa bayaran pun.Lepas

makan minum rokok setel...mana nk cr member

camni ye x???Budak Btg Kali tu tertinggal jauh

bertiang tiang!haha malam tu aku puas dgn

kemenangan itu tp pomen aku xpuas lg lalu dia ajak

turun highway Tanjung Malim plak.Sana setiap malam

minggu ada game.Ape lg sementara mesin tgh sedap

kita kasi tapaulah semua budak..




Sebelum aku sambung lebih lanjut ni aku nk bgtau

sikit...korang mesti heran dan tertanya tanya mcm

mana budak sekolah mcm aku ni boleh kuar

malam.Xde kene mengena ngan mak abah

aku.Mereka tegas dan bertanggungjawab,cuma aku je

yg nakal dan keras kepala.Selalunya masa semua dah

tidur aku curi2 keluar.Kadang2 aku bg alasan tidur

rumah kawan utk study.Disebabkan aku selalu sgt bg

alasan tidur rumah kawan,sekali tu abah xbg aku

keluar pulak.Dah la malam tu aku ada game pulak

ngan budak Btg Kali.Aku xkira aku nk keluar

gak..tetiba abah keluar bawak hammer nk pukul

motor aku.Aku melawan la..lawan punya lawan..

dush!Hammer tu hinggap kat kepala aku..gile

berdarah siut kepala aku..rempit2 aku pun menangis

sial kene hentak.Mak pun sapukan ubat sambil cakap

kat abah supaya  membenarkan aku keluar malam

ni.Haha aku happy dlm tangisan akhirnye aku dpt

keluar walaupun kepala pecah..Jahat x aku?apelah

perasaan mak abah masa tu..huhu maafkan apis

mak..abah..byk sgt dosa apis kat korang..tp masa tu

aku xpikir mcm ni,yg aku pikir abah jahat nk bunuh

anak sendiri..ish!Bodoh punye apis!!!









Sampai2 je kat highway Tanjung Malim kelihatan

ramai kumpulan2 mat rempit yg berkumpul kat

sana.Kitorang ambik satu port sambil cari motor

mana yg nk dijdkan mangsa.Xlama kitorang lepak tg

satu mamat ajak main RM50..Kalau org dh menjual

xsalah kalau kite membeli..haha mcm biasa motor

aku yg dijadikan pilihan pertama utk race.Malam tu

pomen aku beriya iya sgt nk rider motor aku so aku

bg la lgpun dia yg operate mesin aku sampai jd

power mcmni.Port kitorang lepak dekat2 ngan

garisan penamat so kitorang xnmpak diorang kat

garisan mula...(Menanti dgn sabar dan

cuak)..Vrooomm hanya sebiji motor je sampai ke

garisan penamat..mana motor aku?Tiba-tiba rider aku

patah balik dgn cedera kaki dan tgn..Rupanye rider

aku jatuh sbb motor aku terlampau pickup sampai

xleh nk kawal.Mamat yg td ajak race sekali lg..aku nk

rider tp pomen aku berkeras gak nk rider motor

aku..ish btol2 rempit sejati la dia ni..xpadan dah

luka2..Dia start motor dan gerak ke garisan

mula.Kitorang kat sini hanya mampu berdoa dan

berharap je.




Dug dag dug dag jantung aku berdegup kencang

menanti kemunculan diorang yg xmuncul-

muncul.Tiba-tiba diorang muncul hanya dgn satu

motor saje.Rupanye rider aku terbabas terlanggar

divider highway.Kali ni dia betul2 cedera,tgn dia

patah xleh bergerak tp masih sedarkan diri mcm org

mabuk.Aku terus ambik motor aku yg tersadai kat

highway.Nasib baik motor aku masih boleh

jalan,Alhamdulillah cuma handle ngan tayar je senget

skit.Kitorang terus bergerak ke Hospital Tanjung

Malim.Sampah xsampah hospital ni dia layan kami

mcm sampah!Walaupun kami ni mat rempit kitorang

manusia gak,ciptaan tuhan gak.Ape mat rempit

semua jahat ke?Ko tu mcm baik sgt je!Selepas rider

aku masuk wad kitorang pun tepon mak abah dia

bgtau berita ni.Sebelum polis sampai kitorang pun

gerak pulang dlm kesedihan..










Keesokan harinya aku terfikir mcm mana rider aku tu?

Dah keluar hospital ke?Kene tangkap ngan polis ke?

Aku langsung xjenguk dia tp yg aku tau tgn dia

kompem patah.Bukan sebelah tp dua2 belah plak

tu.MasyaAllah..adakah kejadian ini berlaku

disebabkan aku melawan abah malam tu?Inikah

balasannya bg anak yg tidak mendengar cakap mak

abahnya.Aku jd serba salah dan terasa amat

berdosa.Apakah yg terjadi kpd aku?adakah aku masih

merempit?aku kene tangkap ngan polis x?mcm mana

pulak dgn result SPM aku?mmm kalau nk cerite sekali

gus sampai sudah xabis..jd tunggu saja post yg

seterusnya..daaaa




* jgn merempit (lumba haram) !!!

* jgn berjudi !!!

*jgn melawan dan menipu ibu bapa !!!

* jgn ingat kawan bila memerlukan dan jgn tinggalkan kawan bila kawan dlm kesusahan !!!

Sunday, April 3, 2011

Aku mat rempit?


rempit atau rider?


Mat rempit...ape tu mat rempit?Aku sendiri pun xtau

ape itu mat rempit tp ape yg aku tau aku suka giler

motor.Kalau korang baca post lepas aku (gila motor)

korang tau mcm mana giler nye aku utk memiliki

motor.



Di tingkatan 4 aku dah mula menaiki motor sendiri ke

sekolah.'Giler xbest?'...perasaan aku time tu terasa

aku ni dh besar sgt.Aku bebas ke mana saja tanpe

mengira masa dan tempat.Walaupun aku tinggal di

Kuala Kubu Baru aku sampai juga ke Genting

Highland,Fraser Hill dan Kuala Lumpur.



Satu hari masa aku tgh seronok menunggang motor

menuju ke Pertak tetiba ade mat rempit cucuk baik

punye belakang aku.Pakai motor ex5 gak tp die

punye dh buat.Dia ajak aku race.(Giler ape nk race

ngan motor aku yg standart,kompem2 die

menang).Aku pun tolak cara baik dan die pun belah

tp jiwa remaja aku time ni dh xbetul dh..hati

panas,terbakar dan trcabar bile tekenangkan mat

rempit tu cabar td.Arghhhh!



 Member sekolah aku suruh modified motor

kasi laju skit.Br sedap katenye.Ape yg sedap aku pun

xtau..haha."Esok kite ponteng sekolah pergi Sentul

operate ekzos kau"..perghh tu ayat yg kuar dr

die.Siutt je!Setelah aku hitung,congak dan membuat

kira2 so aku pun setuju setelah berfikir agak

lama.Bukan ape motor baru kot sayang tu nk operate.

Motor pun pantang xabes lg..Lg satu aku ni student

mana nak ada duit.Malam tu aku curi duit mak

RM50..xcukup ngan tu duit abah pun aku rembat

RM50.Aduh keje giler betul la!huhu sory mak abah..



Esoknya aku ponteng sekolah buat pertama kalinye

tanpa pengetauan mak abah.Aku pun pergi la

operate ekzos kat Sentul.Pastu pomen tu tukar pulak

kaberator pakai kaburator TS.Kotak angin buang

pastu

set sproket mmg terbaik dr ladang!Bila aku test

motor aku 120 senang2 je.Laju xhingat!Ringan giler

mcm nk terbang je rase..Aku xhingat bape aku bayar

tp mmg berbaloi baloi.Lepas ni kalo ade mat

rempit nk ajak race bak dtg la!haha mentang2 motor

dh power..



ekzos chamber ipoh


kaburator ts



Aku selalu pusing2 kat pekan KKB.Pekan ni xdela

basar mana pun.Kuatnye bunyi ekzos aku sampai

satu pekan boleh dgr haha..(akibat operate ekzos

aritu).Biasa la bila motor dh power ade je la org yg

xpuas ati..maka dtg la mat rempit yg ajak aku race

aritu.Kali ni aku sahut cabaran die..kitorang main

sekilo kat jalan Pertak sambil disaksikan oleh geng2

rempit dia yg lain..



Sape menang?haha korang nk tau ke sape menang race tu?

kalau nk tau kene saba sket la sbb aku xleh cite dlm

post ni.nantikan post aku seterusnye yg bertajuk 'Aku kini mat rempit'...





* jgn mencuri lg2 duit mak abah...berdosa besar !!!

* jgn ponteng sekolah !!!

Friday, April 1, 2011

Gila motor..


honda ex5



Ting ting ting...bunyi ekzos besi motor aku.Aku mula

minat motor sejak aku di sekolah rendah lg.Puncanya

sebab aku berkawan dgn org yg lebih tua dan

mempunyai motor.Akibat terpengaruh dan jeles aku

teringin utk memiliki motor sendiri lalu aku pun

menyuruh mak membelinye.Penat aku pujuk rayu

siap nangis2 berguling guling tp tidak berjaya

menghasut mak.huhu mmg xdpt la sbb aku ni budak

kecik lg.Lesen apetah lg tp aku tetap berdegil..aku

pun merajuk dan bersedih hati..




Kesedihan dan kemerajukan aku membawa sampai ke

malam.Terpikir juga utk menabung tp bape lame nk

cukup beli motor?duit belanja harian aku singgit

je..kalo ikat perot pun mungkin motor tu dh xde lg br

cukup kot huhu sedihkan..Aku belajar solat hajat

semata mata utk meminta pertolongan kpd tuhan.3

malam berturut turut aku solat hajat meminta hajat

kpd tuhan supaya aku dpt memiliki sebuah motor yg

aku inginkan(honda ex5 je)..gila motor punya

pasal..huhu




"Kalau apis dpt 5A dlm UPSR abah belikan motor"..itu

janji abah kpd aku..Fuhhh 5A tu!Kerana motor aku

sanggup berusaha sekuat tenaga aku utk mencapai

5A.Bg aku yg xberape nk pandai ni mmg susah la utk

dpt 5A lg2 aku ni gila aktif dlm bidang sukan.Maklum

la olahragawan la katakan.Semua sukan aku masuk

so fhm2 la masa belajar aku pun terhad la..Badan

cergas otak cerdas!ini slogan yg aku pegang

dulu..hehe(alasan nk main je)..walaubagaimanapun

ujian percubaan aku dpt 4A 1B..power x?haha dlm

hati berkata kompem ujian sebenar dpt 5A sbb

percubaan lg susah dr sebenar.Haha tu yg aku selalu

dgr..so aku dh mula berangan panjang..




Angan2 yg aku bina selama ni musnah sama sekali

selepas aku lihat result UPSR aku.Result aku xteruk tp

yg teruk aku xdpt motor.Arghhh!!!aku merayu

menangis kat abah supaya belikan juga aku motor tp

aku xdilayan.huhu..Abah ni mcm tau2 je aku xleh dpt

5A,tupasal dia berani janji nk belikan aku

motor..Pastu boleh pulak die offer aku kalau dpt 8A

dlm PMR dia nk belikan aku motor..mmm disebabkan

aku gila motor so aku sahut cabaran itu dgn tenang

setenang tenangnye..




Aku ni mmg pemalas.Membaca jarang sekali.Menulis?

buat penat tgn je(skrg ni gatal tulis blog plak)..kat

umah pulak mak asyik bising je suruh

belajar.Adui..apela aku ni.ish kate nk motor tp malas

belajar.Disebabkan itulah aku xdpt motor sbb result

PMR mengecewakan.Hehe tp aku dpt masuk aliran

sains.Sains tulen pulak tu..ahaks walaupun

sebenarnye aku xminat(aku kene paksa la)..huhu

disebabkan aku ni anak yg baik aku pun masuk la

aliran sains..tp bersyarat!Jeng jeng jeng..




Abes je PMR aku pun pergi la ambik lesen motor.Bila

dah dpt lesen aku dikejutkan oleh abah dgn

membelikan aku motor yg aku adamkan sejak dr

sekolah rendah lg iaitu honda ex5.Aku punya gembira

tuhan saje yg tau..maybe mak abah pun tahu sbb

diorang nampak aku gembira sampai terlompat

lompat mcm beruk.haha aku btol2 xsangka yg aku

dpt memiliki motor sendiri pd zaman

persekolahan..Aku bersyukur sgt2..Kini aku tidak lg

menyusahkan abah utk hantar ambik aku sekolah sbb

aku dh ade kawan baru(motor aku).Terima kasih

abah!Terima kasih mak!I love Uols sgt2..






* jgn ingat tuhan hanya dlm kesusahan atau inginkan sesuatu shj !!!

* jgn buat sesuatu utk mengejar sesuatu,itu bermakna kita x ikhlas,maka kita tidak akan berjaya !!!

* jgn buat satu kerja sambil lewa,sebaliknye buat dgn bersungguh sungguh sampai berjaya !!!

* jgn kecewakan harapan mak abah !!!

12 PESERTA GEGAR VAGANZA 4 2017 BERSAMA LAGU TUGASAN MINGGU PERTAMA YG AKAN BERLANGSUNG PADA 29 OKTOBER 2017

GEGAR VAGANZA MUZIM KE-4 NI MENJANJIKAN KELAINAN DENGAN MENAMPILKAN PESERTA YANG LEBIH POPULAR DARI BIDANG LAKONAN DAN PENGACARAAN...GEGAR V...